Ulcer mulut (Oral ulcer) Ulcer mult ialah luka atau lepuhan menyakitkan di dalam mulut yang berwarna putih atau kuning dikelilingi bulatan merah . Ulcer berlaku apabila membran mukus atau epithelium pada bibir atau sekeliling bahagian dalam mulut terkoyak. Terdapat pelbagai jenis ulcer yang dikaitkan dengan pelbagai sebab seperti trauma (fizikal dan chemical) jangkitan mikroorganisma, infeksi, perubahan hormon, alergik kepada ubat- ubatan dan bahan kimia tertentu, penyakit seperti celiac disease, lupus, behcets disease , kanser dan sebagainya. Ulcer yang biasa dialami ialah aphthous ulcer dan cold sores (lepuhan akibat demam-fever blister). Cold sores disebabkan oleh virus herpes simplex.
SYMPTOMS Symptom ulcer berbeza mengikut penyebab kepada ulcer tersebut. Bermula dengan rasa pedih dan terbakar pada bahagian yang akan terbentuknya ulcer , bintik dan benjolan merah akan menyusul kemudian pecah menjadi luka atau lepuhan. Ulcer kelihatan berwarna putih atau kuning dengan warna merah di sekeliling yang terbentuk oleh lapisan fibrin. Ulcer menyebabkan rasa tidak selesa dan sakit terutamanya apabila disentuh. Ia boleh juga disertai dengan bengkak pada noda limfa di bawah rahang yang sering kali disalah anggap sebagai sakit gigi.
PENYEBAB 1-Trauma
Kecederaan fizikal (physical trauma) yang minor adalah penyebab utama ulcer.Bahagian hujung gigi yang tajam, tergigit bahagian dalam mulut secara tak sengaja, makanan yang terlalu masin, pemakaian dentak braces (dawai pengikat gigi) atau trauma disebabkan penggunaan berus gigi adalah antara penyebab kecederaan fizikal. Ulcer seperti ini selalunya cepat sembuh.Ulcer akibat kecederaan fizikal juga sering terjadi selepas rawatan gigi ; dentist secara tak sengaja melukakan tisu lembut pada mulut. Walaubagaimanapun, keadaan ini boleh dielakkan dengan menggunakan gel petroleum sebagai pelindung sebelum melakukan rawatan gigi bagi mengelakkan kecedaraan tisu dalam mulut.
Kecederaan chemical (chemical trauma) boleh berlaku disebabkan bahan kimia seperti alkohol, aspirin yang tersentuh dengan mukus membran pada kawasan dalam mulut yang menyebabkan tisu rosak atau terkoyak lalu membentuk ulcer. Sodium Lauryl Sulfate (SLS) yang terdapat dalam kebanyakan ubat gigi juga boleh menyebabkan ulcer.
Autoimmune- membran epithelium dierang oleh item imuniti
Immunodeficiency- kekurangan immunoglobin dimanifestasikan dengan kemunculan ulcer yang berkali- kali.
Allergic- alahan terhadap ubat atau produk penjagaan oral.
4- Pemakanan
Kekurangan Vit C, Vit B12, zinc dan Iron.
Gluten senitivity -makanan yang mengandungi gluten seperti kebanyakan roti, pata dan beers hendaklah dielakkan.
Pemanis tiruan seperti gula-gula getah tanpa gula juga boleh menyebabkan ulcer.
Tidak berkumur selepas gunakan flovant (sejeni corticoteroid untuk merawat asthma)
5-Kanser
Kanser mulut boleh menyebabkan ulcer apabila bekalan darah terganggu dan sel mengalami necrosis (sel mati)
LANGKAH PENCEGAHAN
Bagi ulcer yang berlaku disebabkan trauma, hendaklah mengelakkan sumber yang boleh mengakibatkan trauma tersebut seperti tidak makan makanan yang masin dan berhati- hati semasa memberus gigi.Walaubagaimanapun, trauma seperti ini seringkali terjadi secara tidak sengaja dan sukar dielakkan.
Menjaga kebersihan mulut.
Bagi mereka yang kerap mengalami kecederaan tisu mulut (tergigit, memakai braces) hendaklah mengelakkan kecederaan dari dijangkiti dengan membersihkan luka dengan pencuci anti bakteria.
APA YANG BOLEH DILAKUKAN JIKA MENGALAMI ULCER
Menjaga kebersihan mulut.
Mengurangkan kesakitan dengan antihistamin, corticosteroid, serta anelgesic seperti paracetamol, ibuprofen, dan gel eperti bonjela.
Makan makanan yang lembut.
Elakkan makanan pedas.
Banyakkan minum air.
Mencuci mulut atau berkumur dengan air garam.
Ulcer yang banyak serta berulang- ulang dan sukar sembuh mengkin merupakan petunjuk kepada penyakit seperti lupus, kanser, bechets dan sebagainya. Jika ulcer anda membimbangkan, dinaihatkan agar berjumpa doktor untuk kepastian
Mungkin masih ramai yang tidak mengetahui lebih mendalam tentang penyakit ini. Penyakit denggi merupakan penyakit berjangkit yang berbahaya dan boleh membawa maut kerana sehingga hari ini belum ada ubat atau penawar untuk mengubati penyakit ini. Denggi boleh terjadi di kalangan orang dewasa dan kanak-kanak akibat daripada gigitan nyamuk aedes.
Penyakit ini biasanya berlangsung selama sepuluh hari dan kadangkala mengambil masa lama untuk pulih sepenuhnya. Penyakit ini kerap berlaku di kawasan bandar berbanding dengan luar bandar.
Penyakit denggi disebabkan oleh sejenis kuman virus yang dipanggil virus denggi. Virus ini tergolong di dalam keluarga togaviridae. Ia merupakan virus yang berkembang biak dalam serangga. Terdapat 4 jenis ´serotype´ virus yang telah dikenalpasti iaitu den 1, den 2, den 3 dan den 4. Semua jenis ´serotype´ ini boleh merangsang pembentukan antibodi yang berbeza-beza.
Namun begitu, kekebalan yang dihasilkan oleh
pertahanan badan tidak menyeluruh terhadap semua jenis virus denggi. Ia akan hanya melindungi individu untuk jenis virus tersebut sahaja. Virus ini masuk ke dalam peredaran darah manusia melalui gigitan nyamuk aedes dan boleh didapati dalam tempoh yang singkat sahaja iaitu 4-5 hari pada tahap awal penyakit.
Nyamuk aedes merupakan pembawa bagi kuman virus denggi. Gigitan nyamuk merupakan satu cara penyebaran virus denggi dari seorang ke seorang yang lain. Daripada satu gigitan ia boleh menghisap darah sebanyak dua hingga empat miligram darah iaitu 1.5 kali berat badannya.
Jenis Nyamuk
Nyamuk aedes ini boleh dikenali dengan tanda belang hitam dan putih di kaki.Terdapat dua jenis nyamuk aedes yang membawa virus denggi iaitu:
1. Aedes aegypti.
Ciri-ciri nyamuk ini ialah tanda putih-perak bentuk kecapi di kepala. Nyamuk aedes aegypti berterbangan di sekitar rumah dan tinggal di tempat-tempat gelap di dalam rumah. Ia bertelur dan berkembang biak di dalam bekas buatan di dalam dan di luar rumah.
2. Aedes albopictus.
Ciri-ciri nyamuk ini pula ialah terdapat garisan putih-perak disepanjang pertengahan kepala dan badan. Nyamuk albopictus pula terdapat di kawasan perumahan di bandar, kebun dan juga di hutan. Ia biasa terdapat di luar rumah pada tumbuh-tumbuhan dan menggigit manusia di luar rumah. Kadang-kadang ia memasuki rumah untuk menggigit manusia. Disamping bekas buatan nyamuk ini juga boleh berkembang biak dalam berbagai-bagai bekas alamiah seperti lubang pada pokok, tunggul pokok, buluh, ketiak daun seperti daun pandan dan nenas dan tempat air bertakung.
Jarak terbang kedua-dua jenis nyamuk ini biasanya tidak melebihi 350 meter.
Cara jangkitan:
Manusia dijangkiti kuman virus denggi melalui gigitan nyamuk. Virus denggi ini hidup dan berkembang biak di dalam air liur nyamuk. Ia memerlukan masa pengeraman selama lapan hingga sepuluh hari untuk berkembang biak dan terkumpul di dalam air liur nyamuk. Nyamuk yang telah dijangkiti akan terus membawa virus denggi sepanjang hidupnya.
Apabila nyamuk aedes betina menggigit manusia atau haiwan ia akan memasukkan sekali virus denggi yang ada terdapat dalam air liurnya ke dalam sistem aliran darah manusia. Apabila nyamuk aedes betina menghisap darah manusia yang mengandungi virus denggi ia akan melengkapi kitaran hidup virus tersebut dan menyebarkan kepada orang lain.
Penularan virus denggi boleh juga terjadi apabila nyamuk aedes betina sedang menghisap darah orang yang dijangkiti virus denggi diganggu dan nyamuk itu dengan segera menggigit orang lain pula. Ini akan menyebabkan virus yang terdapat dalam belalai nyamuk tersebut akan masuk ke dalam peredaran darah orang kedua tanpa memerlukan masa pengeraman. Cara ini dipanggil ´penularan mekanikal´.
Selain itu, jangkitan virus denggi boleh juga berlaku melalui penularan transovari di mana ia merupakan suatu proses penularan agen penyakit daripada serangga betina melalui telur, jentik-jentik hingga kepada serangga dewasa generasi berikutnya. Penularan transovari sangat penting bagi virus denggi kerana proses ini membolehkan virus tersebut berkekalan di persekitaran. Melalui proses penularan ini nyamuk bukan sahaja berperanan sebagai agen pembawa tetapi juga sebagai perumah kepada agen penyakit.
Tempat pembiakan:
Nyamuk aedes membiak di dalam takungan air jernih sama ada di dalam dan luar rumah tetapi tidak boleh membiak di dalam air yang kotor. Bahagian dalam rumah ia dapat membiak di piring alas pasu bunga, tadahan air seperti kolah mandi, tempayan atau baldi dan perangkap semut. Manakala di luar rumah seperti di dalam tayar buruk, saluran air hujan, tin-tin kosong, kawasan pembinaan, cawan getah, lubang pokok, tungguk buluh, ketiak daun seperti, daun pandan dan nanas.
Terdapat dua jenis penyakit denggi iaitu:
i) Demam denggi klasikal.
Pesakit menunjukkan gejala demam, ruam, sakit badan, sakit sendi dan sakit otot. Gejala penyakit ini biasanya tidak teruk dan jarang menyebabkan kematian. Demam jenis ini juga pernah dinamakan ´demam patah tulang´ atau ´breakbone fever´.
ii) Demam denggi berdarah.
Biasanya terjadi di kalangan kanak-kanak terutama dalam lingkungan umur 2-13 tahun. Pada tahap awal (selama 2-4 hari) gejala yang dihidapi adalah sama seperti demam denggi klasikal dan diikuti oleh tahap yang lebih teruk dengan gejala seperti tekanan darah rendah, ruam dan bintik-bintik merah di badan, perdarahan gusi, berak berdarah (najis berwarna hitam) disertai dengan sawan dan tidak sedar diri. Ia sering menyebabkan kematian jika rawatan tidak diberikan dengan segera. Ia juga dipanggil sebagai ´demam berdarah Filipina´.
Tanda-tanda atau gejala:
1. Demam denggi klasikal
Tanda-tanda demam denggi ini bergantung kepada usia pesakit tersebut. Bagi bayi atau kanak-kanak ciri utama ialah ruam yang disertai oleh demam panas. Manakala orang dewasa dan remaja pula demam kuat yang muncul dengan tiba-tiba yang berlangsung selama 2-7 hari, sakit kepala, sakit di belakang mata, sakit otot dan sendi yang diikuti oleh ruam yang timbul pada hari ketiga hingga keempat. Bintik-bintik merah di bawah kulit juga boleh didapati. Dan hasil daripada ujian makmal menunjukkan jumlah leukosit dan platlet dalam darah menurun.
2. Demam denggi berdarah
Demam denggi berdarah mempunyai 4 ciri klinikal utama seperti demam yang sangat panas, perdarahan, pembesaran hati dan kegagalan sistem peredaran darah. Perdarahan yang berlaku adalah seperti bintik-bintik merah di bawah kulit, perdarahan hidung, gusi, darah dalam najis(najis berwarna hitam), kencing berdarah dan kadang kala mendapat haid yang berlebihan.
Pembesaran hati terjadi pada peringkat awal penyakit. Pembesaran hati ini boleh mencapai dua hingga empat sentimeter di bawah tulang rusuk kanan. Kegagalan atau gangguan peredaran ditunjukkan melalui tanda-tanda seperti kesejukan dan kongesti kulit, kebiruan dan peningkatan kadar nadi. Mereka juga kelihatan resah dan lemah dan kemudian dengan cepat mengalami renjatan atau sawan. Keadaan ini juga dipanggil sebagai ´Dengue Shock Syndrome´ (DSS).
RAWATAN
Setakat ini tiada rawatan yang spesifik bagi membunuh virus denggi. Namun begitu antara rawatan yang biasa dilakukan untuk membantu pesakit deman denggi ialah:
Rawatan demam denggi klasikal:
Rawatan yang diberi adalah untuk menstabilkan pesakit bergantung kepada keadaan pesakit iaitu mengurangkan demam(suhu badan) dan mengelakkan dari perdarahan berlaku.
Rawatan demam denggi berdarah:
Demam yang sangat panas, kehilangan selera makan dan muntah menyebabkan dehidrasi. Pesakit digalakkan supaya minum air lebih banyak. Demam yang sangat panas juga meningkatkan risiko terjadinya sawan, oleh itu demam patut dikawal dengan antipiretik. Selain itu, pesakit akan diawasi supaya gejala perdarahan dan sawan dapat dikesan awal. Dan masa yang paling genting ialah pada hari ketiga hingga hari ketujuh. Maka pemberian aliran intravena perlu jika sekiranya kiraan hematokrit meningkat kerana ini menggambarkan darjah kehilangan plasma.
Oleh hal yang demikian, orang ramai perlu lebih peka terhadap kawasan sekitar tempat tinggal mereka agar nyamuk ini tidak dapat membiak dengan membersihkan kawasan rumah dan membuang segala sampah sarap yang mungkin menjadi sarang nyamuk ini melakukan proses pembiakkan malah pihak berkuasa juga perlu memastikan setiap premis bebas daripada denggi
FAQ tentang Demam Denggi
1)Apa itu DEMAM DENGGI??
-Demam Denggi adalah disebabkan oleh jangkitan virus yg dikenali Virus Denggi yg disebarkn oleh Nyamuk Aedes.Kebiasaannya pesakit denggi akan mengalami pendarahan di tempat2 sprt hidung,gusi dan kulit.Kadang2 pesakit akan menghasilkan muntah 'coffee ground' atau muntah hitam pekat dan najis hitam.Ini menunjukkan pendarahan di saluran GI 'gastrointestine' atau saluran pencernaan.Pesakit Denggi yang menunjukkan 'warning sign' (cth pendarahan) menandakan pesakit mengalami Dengue Haemorrhagic Fever (DHF) atau Demam Denggi Berdarah.Dan berangkalian kecil pesakit akan mengalami kejutan yg dipanggil Dengue Shock Syndrome (DSS)
2)Bila sepatutnya saya mengesyaki Denggi??
Denggi mesti disyaki apabila anda mengalami 'sudden onset of fever' atau demam teruk secara tiba-tiba.Demam adalah setinggi 39-40 degree celcius dan diselangi dengan sakit kepala yg teruk (terutama di dahi),sakit di belakang mata,sengal2 dan sakit2 badan,ruam,dan pening2 atau muntah.Demam boleh berlanjutan sehingga 5-7 hari dan kadang2 boleh turun pada hari ke-3 atau ke-4 dan naik semula pada hari berikutnya.Pesakit mungkin mengalami perasaan tidak selesa selepas sakit2 .Semua tanda2 ini tidak semestinya terdapat pada setiap pesakit.
Ciri2 Demam Denggi yg tersendiri adalah sakit pada belakang mata,sakit yg teruk pada otot2 dan sendi, dan ruam kulit. Ciri2 ini menjadikan penyakit Demam Denggi adalah yg paling disyaki.Sakit sendi yg teruk juga membuatkn Demam Denggi juga dikenali sbg BREAK-BONE FEVER.
4)Apa beza disyaki denggi(suspected) dengan kemungkinan(probable) kes denggi??
Jika pesakit disyaki denggi,pesakit akan mempunyai kekurangan platelet
Jika pesakit kemungkinan denggi,pesakit akan mempunyai kenaikan pada darah hematokrit.
Penemuan2 ini memperkuatkn diagnosis sbg kes denggi.
Namun,pesakit mungkin tidak akan mempunyai kenaikan pada darah hematokrit jika pada awalnya pesakit mengalami kurang darah (anemia).
(PS-platelet adalah sel yg membantu menghentikan pendarahan dan hematokrit menunjukkan kepekatan darah)
5)Bolehkah anda mengalami demam denggi lebih dari sekali??
Ya,kerana denggi mempunyai 4 jenis 'strain' virus denggi yg berbeza tapi berkait.Jika pesakit pernah mengalami demam denggi,kebarangkalian utk jangkitan ulangan boleh terjadi jika strain virus yg seterusnya terlibat.Jangkitan oleh satu strain virus tidak memberi perlindungan terhadap strain virus yg lain.Seseorang boleh mengalami demam denggi lebih dari sekali seumur hidup.
6)Bolehkah Diagnosis Denggi dipastikan
Terdapat ujikaji makmal yang menyediakan bukti langsung dan tidak langsung terhadap demam denggi. Ujikaji ini menyediakan bukti utk jangkitan ulangan denggi.Terdapat juga ujikaji tambahan utk mengenalpasti jenis2 jangkitan denggi.
7)Bagaimana seseorang boleh dihinggapi Demam Denggi?
Demam Denggi dijangkiti melalui gigitan Nyamuk Aedis Aegypti yg dijangkiti.Nyamuk jenis ini mempunyai garisan putih yang tersendiri di badan dan kaki yang mudah dikesan.Membiak di dalam air bersih dan berupaya terbang sekitar radius 200 meter.Nyamuk ini mendapat virus denggi selepas mengigit manusia lain yang dihinggapi virus denggi.
8)Adakah say boleh mendapat Demam Denggi dari individu lain?
Denggi tidak disebar secara langsung dari individu ke individu yang lain. Hanya boleh disebarkan melalui gigitan nyamuk yang dijangkiti
9)Bilakah denggi membiak selepas dijangkiti?
Selepas masuk ke dalam badan,virus membahagikan diri di dalam gelenjar limfa.Simptom muncul apabila virus sudah membahagikan diri ke dalam jumlah yang cukup dan ianya terjadi dalam tempoh 4-6 hari selepas dijangkiti pada kebiasaannya.
10)Bolehkah individu yang dijangkiti denggi tidak kelihatan sakit?
Ya,terdapat ramai orang yang dijangkiti virus tetapi tidak menghadapi tanda dan simptom penyakit. Untuk seorang pesakit yang mengalami simptom,terdapat 4-5 orang yang tiada atau sedikit simptom yang dihadapi.
11)Bolehkah pesakit Denggi dirawat di rumah?
Kebanyakan pesakit Denggi boleh dirawat di rumah.Mereka perlu berehat,minum banyak air dan makan diet yang berkhasiat. Jika ada,ambil ORAL REHYDRATION SALT (ORS) -ubat utk diarrhea. Pengambilan air yang cukup amat penting dan menjadi tersangat penting bagi pesakit Denggi yang beransur teruk menjadi Demam Denggi Berdarah (DHF) dan Simptom Kejutan Denggi (DSS) dimana kehilangan cecair badan dan darah adalah ciri utama. Penting untuk periksa tanda2 yang bahaya dan hubungi doktor jika terdapat satu atau lebih tanda2 itu.
12)Apakah Rawatan yang sesuai?
Seperti kebanyakan penyakit viral yang lain,tiada ubat yang khusus utk demam denggi.Antibiotik tidak membantu. Paracetamol boleh diambil untuk mengurangkn demam dan sakit sendi. Ubat-ubatan lain seperti aspirin dan Brufens mesti dielakkan kerana ianya boleh menambahkan risiko berdarah.Doktor perlu berhati2 dlm prescribe ubat-ubatan.Ubat yang mengurangkan jumlah platelet juga perlu dielakkan.
13)Adakah Demam Denggi boleh menjadi bahaya?
Jangkitan boleh menjadi bahaya kerana boleh merosakkan saluran darah.Kerosakan boleh jadi dari meningkatnya keporosan saluran darah,menyebabkan kebocoran belendir badan dan plasma ke dalam badan sehingga kerosakan sepenuhnya saluran darah sehingga menyebabkan pendarahan. Simptom dan tanda demam denggi berdarah dan sindrom kejutan denggi adalah berkaitan kerosakan pada saluran darah dan ganguan turutan dalam fungsi komponen darah dalam proses pembekuan darah.
14)Bolehkah pesakit mati disebabkan denggi
Mereka yang mengidap demam denggi tiada risiko untuk meninggal,tetapi terdapat pesakit yang berkembang menjadi Demam Denggi Berdarah (DHF) dan Sindrom Kejutan Denggi (DSS).Kes2 sprt ini boleh berlaku kematian.Dengan rawatan yang betul,pesakit2 sprt DHF dan DSS juga boleh sembuh. Rawatan yang baik pada masanya boleh menyelamatkan kebanyakan nyawa
15)Bila Pesakit Denggi perlu merujuk ke Hospital?
Selalunya perkembangan terhadap DHF dan DSS berlaku selepas 3-5 hari demam. Pada ketika ini,selalunya demam akan kebah. Ini boleh menyebabkan kita 'terpedaya' dan menganggap pesakit beransur sembuh. Kenyataannya,ini adalah tempoh yang paling bahaya yang memerlukan perhatian yang tinggi dari pihak penjaga/perawat. Tanda dan simptom yang perlu dicari adalah Sakit melampau di bahagian abdomen,Muntah yang berterusan,Pendarahan dari mana2 kawasan,Pendarahan dalam kulit memperlihatkan tompok kemerahan atau keunguan kecil,Hidung berdarah,Gusi berdarah,Najis hitam pekat. Bawa pesakit ke hospital jika mengalami mana2 dua tanda yang pertama.Selalunya ianya adalah terlambat jika kita menunggu terlalu lama sehingga pendarahan telah berlaku.Denggi yang paling bahaya adalah Sindrom Kejutan Denggi (DSS). Ianya dikesan dengan tanda2 sprt Kehausan melampau,Pucat,Kulit dingin (disebabkan tekanan darah rendah),tidak senang duduk dan perasaan lemah2 badan.
Assalamualaikum wbt dan salam ramadhan al-mubarak buat para pembaca yang dihormati sekalian.
MUKADDIMAH Entri kali ini kami ingin berkongsi dengan anda satu penyakit yang sangat digeruni oleh insan yang bergelar 'high maintenance' iaitu RAMBUT GUGUR!(aah.. tidakk!!cne nie ak xnak botak),(rilek lu...tenangx2 meh nak cite nie) Rambut memainkan fungsi penting dalam kehidupan seseorang. Baik wanita atau lelaki, mengalami masalah keguguran rambut bukan saja menjejaskan penampilan, tetapi turut mempengaruhi keyakinan mereka. Bahkan ada yang mendakwa peluang mendapat pekerjaan juga terjejas kerana masalah rambut.(aduh rambut den da makin nipih da nih.. camne nak jd model sunsilk ishh!)
DEFINISI Kebotakan lazimnya merujuk kepada keguguran rambut dengan kadar yang keterlaluan daripada kulit kepala yang kemungkinanya hasil daripada keturunan, pengambilan ubat-ubat tertentu, atau berpenyakit. Sesetengah orang memilih untuk teruskan hidup dengan membiarkan kebotakan tidak dirawat. Ia juga sering dijadikan sebagai fesyen.(haih! muke macho botak lg macho..hehe) Namun begitu, ramai yang memilih untuk mengambil ubat-ubatan dan prosedur pembedahan untuk merawat pembotakan.
SYMPTOM-SYMPTOM Istilah perubatan bagi keguguran rambut adalah alopecia. Corak botak (androgenetic alopecia) adalah sejenis alopecia yang kerap didengar, mempengaruhi 1/3 lelaki dan wanita. Ia lazimnya kekal. Manakala jenis-jenis alopecia lain adalah sementara termasuk (alopecia areata). Ia boleh melibatkan keguguran rambut pada kulit kepala atau bahagian badan yang lain.
Permanent hair loss
Male-pattern baldness (androgenetic alopecia).
Bagi lelaki, corak botak boleh bermula seawal usia remaja atau bawah 20-an. Pola tipikal masalah rambut lelaki bermula dari garis rambut. Garis rambut akan beransur-ansur membentuk corak-corak “M”,”O”,”A” atau “O+M”. Hasilnya separa botak atau botak sepenuhnya.
Biasa
Peringkat Awal
Peringkat Kedua
Peringkat Akhir
Bentuk A
Bentuk O
Bentuk M
Bentuk O+M
Kebanyakan lelaki secara genetik terdedah kepada corak kebotakan lelaki. Ianya adalah kesan hormon pada folikel rambut yang mengakibatkan corak
kebotakan lelaki. Kehilangan rambut ini adalah diakibatkan olehdihydrotestosterone (DHT).
Female-pattern baldness (androgenetic alopecia). Wanita yang mempunyai keguguran rambut kekal selalunya terhad kepada penipisan di bahagian depan(temple), tepi atau mahkota(crown). Pada kebiasaannya wanita mengekalkan garis rambut dihadapan dan jarang sekali mengalami kebotakan sepenuhnya.
Bentuk 1
Bentuk 2
Bentuk 3
Bentuk 4
Bentuk 5
Penipisan secara umum dengan kebotakan terselindung pada bahagian-bahagian depan dan puncak verteks.
P enipisan terbuka tanpa kebotakan dan terselindung.
Pengurangan rambut depan yang biasa di lihat pada corak kebotakan lelaki.
Kebotakan berparut.
Botak akibat masalah kesihatan dan hormon (kebiasaannya tidak dapat dirawat dengan pembedahan).
Scarring (Cicatricialalopecia). Keadaan luar biasa ni berlaku apabila keradanganmerosakkan dan meninggalkan parut pada folikel rambut, hasilnya keguguran rambut yang kekal. Keguguran rambut bertompok-tompok ini selalunya dikaitkan dengan gatal-gatal atau sakit.
Temporary hair loss
Alopecia areata. Keguguran rambut selalunya berlaku dlm saiz yang kecil, bulat, tompok-tompok rata kira-kira saiz duit syiling. Biasanya penyakit ini tidak akan merebak luar dari tompok-tompok di kulit kepala, akan tetapi ia boleh menyebabkan keguguran rambut bercorakan tompok-tompok di bahagian yang mempunyai rambut atau bulu termasuk kening, bulu mata dan janggut. Dalam kes-kes yang luar biasa ia boleh merebak untuk menyebabkan keguguran rambut pada seluruh badan. Jika keguguran rambut melibatkan keseluruhan kulit kepala, keadan ini di namakan alopecia totalis. Jika melibatkan keseluruhan badan, keadaan ini dinamakan alopecia universalis.
kesakitan dan gatal2 mungkin dialami sebelum berlaku keguguran.
Telogen effluvium.Keguguran rambut jenis sementara ini boleh berlaku secara tiba2 dan dramatik. Sebilangan kecil rambut mungkin gugur akibat sikat, membasuh dan sebagainya. keguguran jenis ini hasilnya penipisan rambut pada kulit kepala.
Traction alopecia. Kesan dari kerap menarik atau mencabut rambut. Rambut ditarik keluar pada tompok-tompok berlainan pada kulit kepala. Ini juga dirujuk sebagai masalah yang disengajakan samada secara sedar ataupun tidak sedar. Masalah ini lebih sering berlaku di kalangan kanak-kanak, remaja dan wanita.
PUNCA-PUNCA
Rambut pada kebiasaanya melalui satu kitaran pertumbuhan dan rehat.Kitaran tersebut berbeza bg setiap individu. Tetapi secara umumnya, fasa pertumbuhanrambut di kepala, dikenali sebagai anagen, biasanya ia bertahan selama 2 hingga 3 tahun.
ketika fasa ini, rambut tumbuh 1 cm sebulan.
Fasa rehat dikenali sebagai telogen, biasanya ia bertahan selama 3 hingga 4 bulan.
diakhir fasa rehat, helaian rambut mula gugur dan helaian baru mula tumbuh.
Setiap rambut yang gugur diganti dengan rambut yang baru tumbuh.
Kebanyakan orang biasanya gugur 50-100 helai rambut sehari.
Penipisan rambut adalah biasa bagi penuaan. Tetapi keguguran rambut boleh menyebabkan kebotakan apabila kadar keguguran rambut melebihi kadar penumbuhan.
Punca-punca bagi jenis2 keguguran rambut
1.Pattern baldness (androgenetic alopecia). Corak kebotakan bagi lelaki dan perempuan , fasa pertumbuhan rambut semakin cepat, dan rambut tidak setebal dan sekukuh yang asal. Dengan setiap kitaran pertumbuhan rambut, akar rambut semakin (superficial) berada di permukaan kulit dan mudah gugur. Keturunan mungkin memainkan satu peranan yang penting.
2.Cicatricial (scarring) alopecia. Keguguran rambut jenis kekal ini disebabkan oleh keradangan yang merosakkan dan meninggalkan parut pada folikel rambut. Ini mencegah rambut baru daripada tumbuh. Keadaan ini boleh dilihat pada beberapa keadaan-keadaan kulit, termasuk lupus erythematosus atau lichen planus.
3.Alopecia areata. Ia diklasifikasikan sebagai penyakit autoimmune, tetapi punca tidak diketahui. Orang yang mengalami alopecia areata secara umunya mempunyai kesihatan yang baik. Scientists percaya sesetengah orang itu adalah daripada baka berkecenderungan untuk membentuk alopeciaareata dan juga dari pencetus, seperti sejenis virus atau sesuatu yang lain dalam persekitaran. Walaupun mengalami alopecia areata rambut anda lazim tumbuh kembali, tetapi anda kemungkinan mengalami keguguran dan pertumbuhan semula rambut beberapa kali.
4.Traction alopecia.
Fesyen rambut yang berlebihan atau fesyen rambut yang menarik kulit kepala dengan kuat boleh menyebabkan traction alopecia berlaku. Jika tarikan rambut dihentikan sebelum parut dan kerosakan kekal pada kulit kepala terhasil, rambut boleh tumbuh kembali secara normal.
5.Telogen effluvium.
Keguguran rambut jenis ini biasanya berlaku kerana terdapat perubahan kitaran rambut yang tidak normal. Ia mungkin kerana berlaku kejutan sama ada dari segi emosi atau fizikal, menyebabkan akar rambut dipaksa berada pada fasa berehat terlalu awal. Anak rambut yang terganggu akan gugur dari akar rambut. Sebulan atau 2 bulan kemudian, folikel rambut kembali aktif dan rambut baru mula bertumbuh. Telogen effluvium mungkin berlaku mngikut gangguan emosi, contoh- kematian dsb.. ,atau berlaku physiologikal stress.. seperti demam panas, penurunan berat badan secara mendadak, pembedahan, kekurangan nutrient dsb.. Rambut kembali tumbuh secara biasa apabila keadaan ini diperbetulkan sendiri. selalunya ia memakan masa berbulan.
Punca-punca lain.
a.Kekurangan nutrisi- kekurangan protein atau zat besiatau kekurangan pemakanan dalam cara lain yang boleh menyebabkan keguguran rambut. Berdiet, diet yang tidak seimbang dan ganguan pemakanan seperti anorexia nervosa boleh mnyebabkan kekurgn nutrisi.
b.Ubat-ubatan-Drugs tertentu sperti yg dgunakan untuk Gout, athritis, depression, masalah jantung, tekanan darah tggi boleh mnyebabkan kguguran rambut bg sstgh individu. Pil kawal kehamilan juga boleh mnyebabkan keguguran rambut bg wanita.
c.Penyakit-Diabetes dan lupus
d.Rawatan-rawatan perubatan-Chemotherapy
e.Perubahan hormon- Perubahan hormon dan ketidakstabilan hormon boleh mnyebabkan keguguran. Ini mungkin kerna:-
Hamil
Mempunyai seorang bayi
Berhenti pil mengawal kehamilan
Putus Haid (menopause)
kelenjar tiroid yang overactive atau underactive
keguguran rambut mungkin berlaku selama 3 bulan diikuti perubahan hormon, dan ia akan mengambil tiga bulan lagi untuk rambut baru untuk tumbuh semula.
f.Rawatan rambut- Bahan kimia digunakan untuk dying, tinting, bleaching, straightening atau permanent waves boleh menyebabkan rambut menjadi rosak dan putus jika ia terlebih guna atau tidak digunakan dengan betul.
terlebih stail rambut atau pemberusan berlebihan juga boleh menyebabkan rambut gugur jika shaft rambut tersebut rosak.
g.Jangkitan kulit kepala-Ringworm, fungal dsb. Boleh dirawat dengan ubat antifungal
h.Trichotillomania (hair-pulling disorder)-Trichotillomania adalah sejenis penyakit mental di mana pesakit mempunyai satu desakan yang tidak dpt dikawal untuk menarik rambut mereka, sama ada ia daripada kulit kepala mereka, kening atau bulu badan.
Tips-tips mengelak kebotakan. 1.Kurangkan stress dalam hidup
2.Makan-makanan lebihan protein, zat besi, unsaturated fatty acid(omega-3,6,9)....(harus seimbang)
3.Elakan stail rambut secara berlebihan.
4.Melembapkan dan membersihkan kulit kepala anda sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu. Proses ini akan menggalakkan pertumbuhan folikel rambut dengan mudah.
5.Berhati-hati dengan conditioner- elak sentuhan conditioner dengan kulit kepala.
6.Banyakan minum air- sekurang-kurangnya 10-12 gelas sehari.
7.Dinasihatkan untuk menggunakan natural based shampoo and conditioner untuk khasiat kepada kulit kepala kerana ia tidak mempunyai kesan sampingan. Apple Polyphenols amat berkesan untuk mengelak kebotakan.
8.Ambil bahan antioksida. Rooibos adalah rare African Red tea, yang mengandungi 37 jenis antioksida yang boleh membuang toksin dalam badan.
9.Anda juga boleh meletakkan green tea pada kulit kepala. Ia boleh bertindak sebagai Anti-Inflammatory agen yang boleh mengelak kebotakan bg lelaki dan wanita.
10.Anda sepatunya memakan makanan berfiber tinggi seperti buah-buahan dan sayur-sayuran untuk mengelak kebotakan.
KESIMPULANYA-Pandai-pandai lee korang jage rambut engkorang tu.... kalu da nak botak cpat2 cari sbab ape.. dan cube pulihkn.. kalu xleh... da nak botak nak wat gano?....berserah je lee..Botak pon SMART gak!...(sestgah org jele)....hehehe
Kepada pembaca yang ingin bertanyakan apa sahaja soalan mengenai kesihatan, bolehlah berbuat begitu di ruangan Perlukan Bantuan? di bahagian bawah laman ini.Juga, hendaklah kemukakan email sebenar anda bagi memudahkan pihak Team medical museum tolong menjawab.
Assalamualaikum dan salam sejahtera, hari ini kami membawa topik yang 'agak' hangat di negara kita, khususnya di kalangan kaum adam, iaitu Erectile Dysfunction, impotence atau bahasa melayunya, mati pucuk.Kami harap artikel ini sedikit sebanyak dapat memberi info kepada anda semua.
Apakah ia? Erectile dysfunction (ED) atau bahasa melayunya mati pucuk adalah keadaan di mana lelaki tidak mampu untuk mencapai ereksi atau mengekal ereksi ketika mengadakan hubungan intim Sebab berlakunya erectile dysfunction
Ø Neurologi, contohnya : kecederaan pada otak atau tulang belakang, stroke, angin ahmar, dan penyakit Parkinson.
Ø Hormon, contohnya : tumor pada pituitary gland, perubahan pada tahap hormon testosterone.
Ø Pembuluh darah, contohnya : tekanan darah tinggi, kurangnya saluran darah ke zakar, Arterosclerosis, stroke.
Ø Pengambilan alkohol, merokok dan penyalahgunaan dadah.
Ø Psikologi atau perasaan, contohnya : tertekan, gemuruh, sedih, schizophrenia.
Ø Obesiti
Clinical Diagnosis :
1. Duplex ultrasound – digunakan untuk menentukan saluran darah, tanda artherosclerosis dan calcification pada tisu erectile.
2. Penile nerves function – menentukan bilangan saraf yang cukup pada zakar.
4. Penile Biochemistry – menggunakan getaran elektromagnetik untuk menentukan sensitivity dan fungsi saraf pada zakar.
5. Penile Angiogram – membolehkan saluran darah ke zakar dapat dilihat.
6. Dynamic Infusion Cavernosometry – teknik dimana bendalir contohnya vasodilator di suntik ke zakar, untuk menentukan bacaan tekanan vascular pada corpus cavernosum semasa ereksi.
8. Digital Subtraction Angiography - imej pembuluh darah pada zakar di ambil secara digital ( teknik ini dilakukan secara manual melalui darkroom masking dan traditional angiography ).
9. Magnetic Resonance Angiography – teknik ini sama seperti MRI, ia menggunakan medan magnet dan isyarat radio untuk mendapatkan imej saluran darah secara terperinci.
Rawatan :
Rawatan bagi Erectile Dysfunction bergantung kepada punca-puncanya, antaranya :
1.Pengambilan supplement testosterone bagi kes yang disebabkan oleh kekurangan hormone.
2.Bersenam, bersenam seperti senaman aerobic adalah rawatan effektif yang murah bagi ED.
3.Vacum terapi, dengan meletakkan zakar ke dalam alat vacuum silinder, alat ini menarik saluran darah ke zakar dan membantu ereksi.
4.Alprostadil, disuntik ke zakar sebelum melakukan hubungan intim.
Kali ini kami ingin kongsikan beberapa kesalahan dalam berdiet (waaa...), khas buat para pembaca yang berhajat hendak menurunkan berat badan(bagus, sedar diri). Kepada yang dah puas hati dengan berat anda (heh.), tak mengapa baca, boleh kongsikan kepada kawan- kawan dan sahabat handai (terutamanya awek anda).
Sebenarnya, ramai di kalangan kita, terutamanya wanita yang mengaku berdiet (cakap saja x guna). Namun, adakah anda mengamalkan teknik diet yang betul? ( lu ingat mau ngorat saja kna ada teknik kaa?) Nak berdiet pun kena ada sistem kerana kalau tersilap langkah bukan sahaja badan tak turun , malah mungkin mengundang masalah lain pula.
Berikut adalah beberapa kesalahan besar semasa berdiet:
1.SKIP MEAL
Meninggalkan waktu makan yang penting terutamanya sarapan akan menyebabkan anda berasa lapar dan tidak bertenaga. Bila terlalu lapar, anda cenderung untuk makan banyak pada waktu makan seterusnya menyebabkan pengambilan gula dan lemak berlebihan. Akibatnya anda bukan sahaja gagal menurunkan berat badan, malah mungkin akan menyebabkan anda bertambah gemuk. Lebih baik makan kerap, tetapi dalam jumlah yang sedikit kerana dengan ini kadar metabolisma dan penghadaman makanan akan meningkat.
huhu, pagi tadi gua tak bekpes sekarang gua mau belasah nestum puas2..
2.HANYA MENGAMBIL SATU KATAGORI MAKANAN TERTENTU SAHAJA
Mengambil sayur- sayuran dan buah- buahan semata- mata tanpa memasukkan langsung karbohidrat dalam hidangan adalah satu tabiat yang salah dan berbahaya kerana tubuh akan mengalami kekurangan vitamin, mineral dan gula. Jumlah kalori yang anda ambil adalah rendah dan akan menyebabkan kekurangan gula dalam darah (hypoglycemia) serta tekanan darah rendah (hypotension) . Bagi golongan remaja terutamanya, pengambilan kalori yang cukup sangat penting.
huhu..enaknya green salad segar dari ladang :)
3.BERLAPAR
Berlapar bukanlah cara yang berkesan untuk menurunkan berat badan kerana apabila perut lapar, kadar metabolisma dan pembakaran kalori dalam tubuh menjadi perlahan. Lebih baik makan sedikit (jangan pulak makan double cheese burger, makan la sayur, buah atau roti) ketika lapar agar perut selesa.
huh, mogok lapar!!
4.TIDAK SENAMAN
Ramai orang yang berhajat untuk mengurangkan berat badan hanya dengan berdiet tetapi tidak melakukan aktiviti fizikal. Sebenarnya, melakukan aktiviti fizikal dapat membakar kalori dan lemak lebih cepat dan sihat selain penting untuk kesihatan jantung. Tubuh anda akan menjadi cergas, segar dan stamina akan meningkat.
brader, jom exercise cam gua!
5.KURANG MINUM AIR
kurang minum air ternyata membuat tubuh kita menahan lebih banyak air di dalam tubuh dan menyebabkan berat tambahan serta kurang minum air juga menyebabkan metabolisme atau pencernaan nutrisi kurang berjalan lancar. Minumlah 2-3 liter air setiap hari.
jangan minum minuman keras p/s- jangan pandang belakang :p
Secara ringkasnya tubuh badan yang sihat dan berat badan yang ideal adalah impian setiap orang. Nambegitu, teknik dan cara yang betul dalam menguruskan diet amat penting bagi memastikan kesihatan anda tidak terjejas. Perlu diingatkan di sini supaya anda tidak terlalu obses dalam menurunkan berat badan kerana penurunan berat yang drastik berbahaya kepada hati dan ginjal kerana organ- organ tersebut terpaksa berkerja keras untuk menggantikan glucose yang hilang. adalah sangat baik jika anda mendapat rundingan dietitian atau doktor sekiranya terdapat sebarang kemusykilan.
Kepada anda yang sedang berdiet, semoga berjaya diucapkan! :)
Salam Ramadhan buat semua pembaca 3M. Post kali ini kami ingin berkongsi tentang satu prosedur klinikal iaitu Lumbar Puncture.
APAKAH LUMBAR PUNCTURE Memasukkan atau menusuk jarum ke kawasan lumbar (bahagian bawah pada tulang belakang) untuk mengambil sample Cerebrospinal Fluid (CSF) atau air tulang belakang untuk dikaji serta mengambil tekanan CSF. Nama lain:
Spinal tap
Spinal puncture
Thecal puncture
Rachiocentesis
TUJUAN
Mencari penyebab atau punca simptom yang mungkin disebabkan oleh jangkitan (meningitis), keradangan, kanser atau pendarahan di kawasan berhampiran otak atau saraf tunjang(subarachanoid hemorrhage)
Mendiagnose penyakit tertentu pada otak atau saraf tunjang seperti Multiple Sclerosis atau Guillain-barre syndrome.
Mengambil tekanan CSF.
Memberi bius (anesthetic ).
Menyuntk ubat tertentu ke dalam CSF untuk merawat kanser dan leukemia.
Menyuntik pewarna (dye) ke dalam CSF supaya saraf tunjang dan CSF kelihatan jelas dalam X- ray (myelogram)
Mengesan keabnormalan dalam spinal canal
Mengurangkan tekanan CSF
LANGKAH BERJAGA- JAGA
1-Sekiranya anda mengambil sebarang ubat- ubatan hendaklah mendapatkan nasihat doktor sama ada anda boleh mengambil ubat- ubatan tersebut pada hari Lumbar Puncture dilakukan.
2-Memberitahu doktor sekiranya anda
alergik kepada anesthetic
mempunyai amsalah pendarahan atau mengambil blood thinner
hamil
mengambil ubat- ubatan herba
3- Anda hendaklah mengosongkan pundi kencing sebelum menjalani Lumbar Puncture
BAGAIMANA IA DILAKUKAN
Baring mengiring dengan keadaan lutut dibengkokkan dan dirapatkan ke dada atau duduk dengan badan dicondongkan ke hadapan dengan lutut dibengkokkan ke arah dada dan kepala. Posisi ini meluaskan ruang di antara tulang supaya jarum mudah ditusuk.
Bahagian bawah belakang di mana jarum akan ditusuk ditandakan dan di'sterile'.
Bius setempat akan diberi.
Jarum yang halus dan panjang akan ditusuk ke dalam ruang di antara Tulang Lumbar 3 dan 4 dan CSF akan diambil. Sekiranya CSF gagal diperoleh di kawasan tersebut doktor akan mengalihkan kedudukan jarum ke kawasan lain pada bahagian lumbar tersebut.
Manometer digunakan untuk mengambil tekanan CSF.
Jarum dikeluarkan, kawasan suntikan dibersihkan.
Biasanya prosedur ini mengambil masa setengah jam dan setelah menjalani Lumbar Puncture pesakit dikehendaki berbaring dengan kepala ditinggikan sedikit (dilapik bantal) selama 1 hingga 4 jam.
CSF dikeluarkan
APA YANG AKAN ANDA RASA SEMASA PROSEDUR
Semasa suntikan bius setempat diberi anda akan merasa seperti dicubit
Apabila jarum Lumbar Puncture ditusuk anda akan merasa sedikit kurang selesa dan sedikit sakit . Jarum mungkin akan mengenai saraf yang menyebabkan 'tingling sensation' atau perasaan seperti geli atau seolah- olah terkena kejutan elektrik yang bergerak melalui salah satu dari kaki anda
Sesetengah pesakit mengalami sakit kepala yang berlarutan 24- 48 jam selepas prosedur.
Sesetengah pesakit juga akan berasa penat dan sakit tulang belakang serta masalah tidur 1 hingga 2 hari selepas Lumbar Puncture.
RISIKO
Secara umumnya, Lumbar Puncture merupakan satu prosedur yang selamat . Walaubagaimanapun, dalam kes- kes tertentu terdapat risiko- risiko berikut:
CSF Leak- 'kebocoran' atau 'limpahan' CSF. Simptom kepada keadaan ini ialah sakit kepala yang berterusan selepas 1 hingga 2 hari. Keadaan ini boleh diarawat dengan blood' patch' di mana darah pesakit itu sendiri akan disuntik pada kawasan 'CSF Leak' untuk memulihkan keadaan.
Kecederaan saraf yang minor ( 1 dr 1000)
Risiko yang sangat tipis untuk mendapat jangkitan (meningitis) , pendarahan serta kerosakan cartilage tulang belakang.
Pesakit yang mengalami masalah pendarahan atau mengambil blood thinner mempunyai risiko yang tinggi untuk mengalami pendarahan semasa prosedur . Lumbar Puncture juga sangat berbahaya kepada pesakit yang mempunyai tekanan intracranial yang tinggi. Doktor akan memastikan keadaan pesakit benar- benar selamat sebelum mengarahkan Lumbar Puncture dilakukan
FAKTOR YANG MENJEJASKAN KEPUTUSAN ANALISIS
Pesakit gagal untuk tidak bergerak semasa prosedur
Pesakit yang mempunyai masalah obesiti, dehidrasi, penyakit tulang belakang, arthritis yang teruk, kecederaan tulang belakang yang baru akan mengalami masalah untuk menjalani Lumbar Puncture dalam keadaan berbaring. Mereka dikehendaki duduk dengan membengkokkan lutut rapat ke dada(rujuk gambar). Kadangkala X-ray khas (fluoroscopy) terpaksa digunakan untuk menentukan kawasan yang sesuai untuk menusukkan jarum.
Pendarahan otak.
Dry Tap-sample tidak dapat diambil.
Secara ringkasnya, Lumbar Puncture merupakan satu prosedur penting bukan sahaja dalam usaha untuk menganalisis penyakit malah prosedur ini turut digunakan untuk memberi anesthatic, menyuntik ubat dan mengurangkan tekanan CSF yang tinggi. Risiko dalam sebarang prosedur adalah lumrah namun dapat dikurangkan dengan mengambil langkah berjaga- jaga.
Orang zaman sekarang sangat health conscious,tak kiralah anda suri rumah di dapur,setiausaha di pejabat tanah,cikgu memandu di sekolah memandu,mahupun doktor di hospital,anda pasti berminat untuk mengetahui maklumat berkaitan perubatan dan kesihatan.Memandangkan kebanyakan maklumat-maklumat ini hanya boleh di dapati dalam bahasa Inggeris kecuali di ruangan akhbar bahagian kesihatan.Kami , remaja yang cintakan bahasa dengan berbesar hati dan penuh kasih sayang sesame makhluk Allah,Menyajikan kepada anda info berkaitan perubatan dan kesihatan dalam Bahasa Melayu